Dia seorang gadis berbadan kecil. Berkulit sawo matang dan berambut pendek ala Demi Moore dalam filem The Ghost yang digilai remaja ketika itu. Pakaian hariannya hanyalah sepasang jeans dan tshirt yang dilengkapi sehelai jaket buat menutup lengan sebagaimana diwajibkan ke atas siswi ITM waktu itu. Untuk ke kelas dia sekadar berbaju kurung dan berselipar. Dia seorang gadis yang sederhana. Perwatakannya lucu, dia peramah, suka mengusik rakan-rakannya. Dia juga lugu dan manja, periang namun suka merajuk dan perengus.
Teman lelakinya sudah masak benar dengan perangainya. Gadis itu seorang yang setia dan teman yang baik. Dia sanggup bersusah payah untuk membantu rakan-rakannya. Dia rela menahan lapar demi memastikan teman lelakinya dapat makan bersama-sama. Namun tak siapa tahu, di sebalik kenaifan dan keceriaannya, dia menyimpan luka yang dalam. Sikap ayah yang tidak begitu peduli akan sakit pening,susah payah sepanjang dia belajar di tempat yang jauh, amat mengguris hati kecilnya. Namun si gadis kurus tetap tegar. Dia menanam azam untuk terus belajar dan akhirnya bekerja bagi menyenangkan ibunya yang bersusah payah memastikan dia dapat menyambung pelajaran.
Gadis itu belajar menjadi seorang yang tabah hasil kepayahan demi kepayahan yang ditempuhi. Kehadiran teman lelakinya di waktu dia memerlukan sokongan amat bermakna bagi dirinya yang tak tahu apa-apa itu. Baginya cinta si jejaka memberinya kekuatan sekaligus menjadi bayang-bayang kasih seorang ayah yang diharapkan untuk sentiasa menjaga dan melindungi. Tidak hairanlah jika dia selalu setia menemani, mengekori ke mana saja si pemuda pergi.
Satu hari, tanpa amaran, tanpa sebarang pesan, penguat semangatnya menghilangkan diri. Langsung tidak dapat dikesan lagi. Puas si gadis kurus mencari di mana-mana. Habis semua teman buah hatinya itu disoal-siasat. Jenuh semua tempat yang biasa mereka pergi dijejakinya...namun hampa...hampa...risaunya dia tidak kepalang, sunyi hatinya tidak keruan. Butiran mutiara jernih tidak putus-putus bergulir di pipinya. Mulai saat itu hidupnya hilang seri, semangatnya sirna. Bibir mungilnya sudah tidak kuat lagi untuk tersenyum. Gelak tawanya sudah luput dari pendengaran teman-teman sekuliah. Di mata semua orang, gadis kurus kian mengecil, menghilang bersama sisa waktu...luput dari pandangan, apatah lagi ingatan.....
21 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk saya menyedari bahawa gadis itu sebenarnya sudah mati. Tersentak, terpinga saya ketika menerima kenyataan ini, seolah terjaga dari mimpi yang panjang. Terasa benar suatu kehilangan yang sukar saya tafsirkan dengan kata-kata. Namun dia tetap akan saya kenang sebagai seorang gadis yang lugu, yang nakal dan manja. Seorang gadis yang amat saya senangi. Seseorang yang akan sentiasa hidup segar di hati saya. Membeku di minda ini bersama sekuntum senyum berlesung pipit dan sebaris gigi yang tersusun rapi, menyembunyikan pilu di sudut terpencil hatinya. Gadis yang akan selalu saya rindui hilai tawa dan gurauannya.
Pabila petang hening sebegini, ketika dedaun kering bertebaran di bawa angin sepoi, ketika mentari mulai tenggelam di ufuk membawa bersamanya rembang petang, bau manis itu berserakan sekilas di hidung saya bersama angin semilir, haruman yang tidak mungkin akan saya lupakan selagi diri ini masih bernafas....haruman kegemaran si gadis, dewberry bodyshop yang dibeli dari duit yang dikumpulnya dengan bersusah payah, sentiasa tidak lupa di pakai kerana disenangi teman lelakinya. Ya, haruman itu sesekali datang semerbak menerpa hidung, seolah-olah si gadis kurus mengerti akan kegalauan di hati saya...dan singgah sejenak menjengah hati yang rindu ini...........
But I keep walking,
despite the tears,
despite the wind,
despite the skinned knees and broken bones,
despite the bruises and scars that make this heart what it is today,
... ... I keep walking…
towards You.
There’s only one direction,
one direction:
towards You.
From You, to You.
I have nothing else.
Nothing.
That is my poverty.
Tuesday, 21 February 2012
Sunday, 19 February 2012
Saturday, 18 February 2012
wierdest feeling
Last night the most amazing wierd thing happened, which i dont know where to begin to start explaining. I dont know how to react to it either. After 20 years...my past haunted me once more..it's like a deja vu..Ya Allah ya Rabb...beri aku kekuatan ya Allah...bantu hambaMu yang daif ini
Subscribe to:
Posts (Atom)