But I keep walking,
despite the tears,
despite the wind,
despite the skinned knees and broken bones,
despite the bruises and scars that make this heart what it is today,
... ... I keep walking…
towards You.
There’s only one direction,
one direction:
towards You.
From You, to You.
I have nothing else.
Nothing.
That is my poverty.

Tuesday, 21 February 2012

Selamat Tinggal Gadis Kecil: A Self Reflection

Dia seorang gadis berbadan kecil. Berkulit sawo matang dan berambut pendek ala Demi Moore dalam filem The Ghost yang digilai remaja ketika itu. Pakaian hariannya  hanyalah sepasang jeans dan tshirt yang dilengkapi sehelai jaket buat menutup lengan sebagaimana diwajibkan ke atas siswi ITM waktu itu. Untuk ke kelas dia sekadar berbaju kurung dan berselipar. Dia seorang gadis yang sederhana. Perwatakannya lucu, dia peramah, suka mengusik rakan-rakannya. Dia juga lugu dan manja, periang namun suka merajuk dan perengus.

Teman lelakinya sudah masak benar dengan perangainya. Gadis itu seorang yang setia dan teman yang baik. Dia sanggup bersusah payah untuk membantu rakan-rakannya. Dia rela menahan lapar demi memastikan teman lelakinya dapat makan bersama-sama. Namun tak siapa tahu, di sebalik kenaifan dan keceriaannya, dia menyimpan luka yang dalam. Sikap ayah yang tidak begitu peduli akan sakit pening,susah payah sepanjang dia belajar di tempat yang jauh, amat mengguris hati kecilnya. Namun si gadis kurus tetap tegar. Dia menanam azam untuk terus belajar dan akhirnya bekerja bagi menyenangkan ibunya yang bersusah payah memastikan dia dapat menyambung pelajaran.

Gadis itu belajar menjadi seorang yang tabah hasil kepayahan demi kepayahan yang ditempuhi. Kehadiran teman lelakinya di waktu dia memerlukan sokongan amat bermakna bagi dirinya yang tak tahu apa-apa itu. Baginya cinta si jejaka memberinya kekuatan sekaligus menjadi bayang-bayang kasih seorang ayah yang diharapkan untuk sentiasa menjaga dan melindungi. Tidak hairanlah jika dia selalu setia menemani, mengekori ke mana saja si pemuda pergi.

Satu hari, tanpa amaran, tanpa sebarang pesan, penguat semangatnya menghilangkan diri. Langsung tidak dapat dikesan lagi. Puas si gadis kurus mencari di mana-mana. Habis semua teman buah hatinya itu disoal-siasat. Jenuh semua tempat yang biasa mereka pergi dijejakinya...namun hampa...hampa...risaunya dia tidak kepalang, sunyi hatinya tidak keruan. Butiran mutiara jernih tidak putus-putus bergulir di pipinya. Mulai saat itu hidupnya hilang seri, semangatnya sirna. Bibir mungilnya sudah tidak kuat lagi untuk tersenyum. Gelak tawanya sudah luput dari pendengaran teman-teman sekuliah. Di mata semua orang, gadis kurus kian mengecil, menghilang bersama sisa waktu...luput dari pandangan, apatah lagi ingatan.....

21 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk saya menyedari bahawa gadis itu sebenarnya sudah mati. Tersentak, terpinga saya ketika menerima kenyataan ini, seolah terjaga dari mimpi yang panjang. Terasa benar suatu kehilangan yang sukar saya tafsirkan dengan kata-kata. Namun dia tetap akan saya kenang sebagai seorang gadis yang lugu, yang nakal dan manja. Seorang gadis yang amat saya senangi. Seseorang yang akan sentiasa hidup segar di hati saya. Membeku di minda ini bersama sekuntum senyum berlesung pipit dan sebaris gigi yang tersusun rapi, menyembunyikan pilu di sudut terpencil hatinya. Gadis yang akan selalu saya rindui hilai tawa dan gurauannya.

Pabila petang hening sebegini, ketika dedaun kering bertebaran di bawa angin sepoi, ketika mentari mulai tenggelam di ufuk membawa bersamanya rembang petang, bau manis itu berserakan sekilas di hidung saya bersama angin semilir, haruman yang tidak mungkin akan saya lupakan selagi diri ini masih bernafas....haruman kegemaran si gadis, dewberry bodyshop yang dibeli dari duit yang dikumpulnya dengan bersusah payah, sentiasa tidak lupa di pakai kerana disenangi teman lelakinya. Ya, haruman itu sesekali datang semerbak menerpa hidung, seolah-olah si gadis kurus mengerti akan kegalauan di hati saya...dan singgah sejenak menjengah hati yang rindu ini...........

Saturday, 18 February 2012

wierdest feeling

Last night the most amazing wierd thing happened, which i dont know where to begin to start explaining. I dont know how to react to it either. After 20 years...my past haunted me once more..it's like a deja vu..Ya Allah ya Rabb...beri aku kekuatan ya Allah...bantu hambaMu yang daif ini

Saturday, 28 January 2012

Planting Her Trust Inside Your Palm

Now she's trusting you with her very heart. She's planting seed of trust inside your palm. With the hope that it'll grow into a tree of fruitful love,honesty and loyalty. The fragile seed she's trusting you with, were so dear to her, and she's choosing you to care for it, full of hope is she, that you will take great care of it, for you to never ever crush it. Of all the other hands waiting, she choosed yours, now she's waiting for your hand, to hold hers, to lead her to the right path, leading her to HIM. She know she was making the right choice, the one decision that, InsyaAllah, HE will blessed....

Wednesday, 25 January 2012

Membina Percaya

Boleh ke aku percaya? Atau baik aku lupakan je...kerap kali berada dalam situasi begini, perasaan serba-salah dan ragu-ragu menguasai diri. Hendak dilakukan penyiasatan nampak agak keterlaluan. Mempercayai naluri pula bagaikan satu perjudian yang berisiko tinggi. Apa tindakan terbaik yang harus dibuat? Memberi lebih masa untuk membina keyakinan mungkin jalan terbaik. Namun sekiranya masa amat terbatas, bagaimana? Aduhhhh...buntu...

Keeping A Secret

Never tell your problems to anyone...20% don't care and the other 80% are glad you have them.

Things Happens for a Purpose

We must realize that nothing happens without a purpose. Nothing. Not even broken hearts. Not even pain. That broken heart and that pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. They are warnings that we need to make a change. Just like the pain of being burned is what warns us to remove our hand from the fire, emotional pain warns us that we need to make an internal change. That we need to detach. Pain is a form of forced detachment. Like the loved one who hurts you again and again and again, the more dunya hurts us, the more we inevitably detach from it. The more we inevitably stop loving it - Yasmine Mogahed
A piece of mind from my favourite Islamic writer...so clever and so insightful..yeah, a broken heart, a pain, hurting inside, is an urgent warning for us to make some changes in life. To stop loving dunya, people and material things so much, we need to experience pain, the more hurt we are, the more we'll realise how short life is, how fake, how the afterlife is so much better, so much vital to be prepared for when the time for us to do so become shorter each day.

Meaning of My Name :)

Meaning of Raihana, Baby Names and their Origins

Tuesday, 24 January 2012

lagu yang indah..suara yg syahdu

Sukar Melepaskan

Hard to let go? sukar melepaskan kerana sukar melupakan...sukar melupakan mungkin kerana dendam yg terpendam. kita kadang terlupa yg hati akan lebih tenang, lapang dan bahagia dengan membuang jauh2 dendam kesumat yang tersirat. Kerana dendam kesumat yang disimpan tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan sedikit demi sedikit merosakkan hati empunya diri, sedangkan subjek yang didendami mungkin sedang di ulit bahagia dengan kehidupan barunya...jadi mengapa kita harus menjadi mangsa berulang-ulang kali? lepaskan lah ia pergi...set him free...semoga dengan bermurah hati begitu, kebahagian menjadi milik kita sebagai balasannya....kemaafan dendam adalah yg terindah...

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”- Surah an-Nur : 21

Selamat Tinggal Mimpi...

Jauh lebih baik untuk mengucapkan selamat tinggal daripada terus-terusan bergantung harap kepada sesuatu yang kita tahu tidak mampu kita gapai. Menjadi insan yang realistik dengan mengekalkan sikap optimis adalah yang terbaik dalam hidup, agar kekecewaan tidak terlalu berbekas dan merencat perancangan yang seterusnya demi kelangsungan sebuah kehidupan sementara menuju alam yang kekal abadi....aku ucapkan selamat tinggal kepada semua mimpi-mimpi indahku, yang kutahu tidak mungkin aku genggam dalam hidupku yang singkat ini, melainkan dengan izinNya...moga dengan keikhlasan dan keredhaan hati ini, aku menjadi insan yang lebih tenang, berlapang hati dalam urusan harianku selepas ini..amin.

Cinta Kerana Allah...

Alangkah indah sekiranya cinta yang dipupuk di antara dua insan yang bernama lelaki dan wanita adalah semata-mata kerana Allah swt. Cinta yang tidak didalangi nafsu, kebendaaan mahupun paras rupa. Cinta yang akan kekal dan abadi, yang dapat mengharungi segala sesuatu yang merentangi perjalanan hidup, di dunia yang fana membawa ke akhirat yang kekal dan abadi.....alangkah bertuahnya insan-insan yang menemukan cinta sebegitu....

Saturday, 21 January 2012

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum wbk....


Alhamdulillah pada tarikh ini aku memulakan langkah untuk menulis secara public, walaupun tulisan2 ku di blog ini adalah lebih berupa random, tiada konsep tertentu yang kutetapkan sebagai garis panduan, namun ku yakin, blog ini akan dapat membantuku melampiaskan serba sedikit keluh kesah, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, ragu-ragu, serba-salah dan sebagainya yang aku rasai sepanjang perjalananku bergelar seorang wanita yang telah tua dewasa kini...walaupun memiliki minat yang amat mendalam untuk menulis, namun kemalasan kesibukan tidak pernah mengizinkan aku mencubanya secara serius kecuali yang menyangkut soal kerjaku (yang memang kebanyakannya adalah menulis!). aku tidak berharap akan ada sesiapa yang berminat untuk membaca tulisan2ku ini, apatah lagi untuk follow blog serba daif ini, namun aku sudah cukup puas untuk meluahkan segala rasa di sini, melalui gaya penulisanku yang tersendiri, yang mungkin sukar untuk orang lain menerima dengan baik..well...memandangkan ini blogku, aku cuma perlu puaskan hatiku saja....tak perlu berpura-pura..bebas menjadi diriku sendiri..

mulai detik ini, insyaAllah akan kuperuntukkan sedikit masa walaupun mungkin tidak selalu, untuk mengupdate blog ini.....semoga ia membantu diriku menjadi lebih baik dan berupaya mengekspresikan diri dengan lebih matang dan yakin...